fbpx

ADUN Perak ditahan positif dadah di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
logo PDRM
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak ditahan polis selepas didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai di sini malam tadi.

ADUN lelaki berkenaan dikatakan antara 36 individu yang diperiksa dalam serbuan bermula kira-kira pukul 9 malam tersebut.

Difahamkan ADUN berusia 54 tahun itu ditahan selepas ujian saringan awal air kencing ke atasnya didapati positif dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain ketika dihubungi mengesahkan penangkapan tersebut namun tidak mengulas lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI