fbpx

JDT sambar pemain import Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FORESTIERI merupakan pemain import baharu JDT yang diperkenalkan menerusi satu video pendek menerusi Facebook rasmi kelab Johor Southern Tigers semalam.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mengumumkan kehadiran pemain baharu mereka, kali ini melibatkan pemain import iaitu Fernando Forestieri.

Pengumuman itu dimaklumkan skuad Harimau Selatan tersebut melalui video pengenalan berdurasi kurang satu minit yang dimuat naik dalam laman media sosial mereka semalam.

Sementara itu, Forestieri memberitahu, dia mendengar dan melihat banyak perkara mengenai JDT khususnya melibatkan projek bola sepak juara Liga Super berkenaan.

“Saya telah mendengar dan melihat banyak perkara mengenai projek bola sepak JDT dan saya membuat keputusan inilah hala tuju saya.

“Saya teruja untuk memulakan perjalanan ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas yang turut dimuat naik dalam laman media sosial JDT.

Dalam video berkenaan, pemain itu dilihat keluar dari sebuah limosin hitam yang berhenti di depan pintu utama ibu pejabat JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Ketibaannya di ibu pejabat tersebut disambut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dan Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Pemain penyerang kelahiran Argentina itu dipercayai bakal menyarung jersi bernombor 45 jika dilihat berdasarkan video yang dikongsikan berkenaan.

Pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini beraksi bersama pasukan Udinese dalam liga Serie A, Itali. Selain itu, dia turut pernah menyarung jersi Sheffield Wednesday dan Watford.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI