fbpx

WHO lulus dua lagi rawatan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki menerima suntikan vaksin di sebuah pusat sosial, bandar Marseille, Perancis baru-baru ini. - AFP

PARIS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan dua rawatan baharu Covid-19 hari ini sekali gus meningkatkan senjata selain daripada vaksin dalam mencegah sakit teruk dan kematian akibat koronavirus.

Perkembangan itu berlaku ketika kes Omicron memenuhi hospital di seluruh dunia dengan WHO meramalkan separuh penduduk Eropah akan dijangkiti menjelang Mac ini.

Dalam saranan yang diterbitkan jurnal perubatan Britain, BMJ, pakar-pakar WHO berkata, ubat arthritis, baricitinib digunakan bersama ubat jenis corticosteroid untuk merawat pesakit Covid-19  teruk atau kritikal. Kombinasi rawatan itu kata mereka, mendorong kadar sembuh yang lebih tinggi dan mengurangkan keperluan untuk mesin ventilator.

Pakar-pakar turut mencadangkan rawatan antibodi sintetik, Sotrovimab untuk pesakit Covid-19 tidak serius tetapi memerlukan rawatan hospital seperti warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes.

Hanya tiga rawatan lain untuk Covid-19 menerima kelulusan WHO bermula dengan corticosteroid untuk pesakit kritikal pada September 2020.

Corticosteroid tidak mahal dan boleh diproleh secara meluas. Ubat tersebut menyembuhkan keradangan yang berlaku pada pesakit kritikal.

Ubat arthritis, tocilizumab dan sarilumab yang diluluskan oleh WHO pada Julai tahun lalu pula menghalang berlakunya ‘ribut sitokin’ akibat jangkitan virus Covid-19.

“Pilih ubat berdasarkan isu berkaitan seperti kos dan pengalaman klinikal,” kata WHO dalam garis panduannya.

Saranan rawatan Covid-19 oleh WHO dikemas kini dari semasa ke semasa dan dibuat berdasarkan data baharu ujian klinikal. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI