fbpx

Hakim hanya buat keputusan berdasarkan fakta – Tengku Maimun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menegaskan, beliau secara peribadi dan institusi kehakiman tidak pernah didekati oleh pihak tertentu untuk campur tangan dalam sebarang keputusan kes mahkamah.

Beliau menjelaskan, semua hakim membuat keputusan berdasarkan keterangan dan tidak boleh lari daripada prinsip teras tersebut.

“Memang kita ada dengar daripada televisyen bahawa bekas Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah didekati. Tetapi tiada antara kita didekati. Saya sendiri boleh kata tidak didekati, begitu juga hakim lain. Jadi secara asasnya tiada, kerana hakim-hakim buat keputusan berdasarkan keterangan, kita tidak boleh lari daripada prinsip itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Pembukaan Tahun Perundangan 2022 di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Menurut Tengku Maimun lagi, beliau dan hakim-hakim lain tidak pernah didekati oleh mana-mana pihak tertentu dalam sebarang keputusan mahkamah.

Terdahulu, Presiden Majlis Peguam, AG Kalidas Krishnan dalam ucapan majlis itu menyentuh perutusan Muhyiddin tahun lalu bahawa beliau menerima rayuan pihak tertentu untuk campur tangan dalam urusan mahkamah.

Mengulas lanjut, Tengku Maimun berkata, berdasarkan ucapan tersebut, beliau memahami ada pihak lain yang menghubungi Muhyiddin, tetapi tidak menjelaskan badan kehakiman telah dihubungi.

“Tetapi sesiapa jika ada menghubungi, kita boleh kata tiada apa boleh dilakukan berhubung semua berlaku dalam mahkamah kerana semua bergantung kepada bukti dan keterangan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI