fbpx

23 individu celik komputer mengaku tidak bersalah promosi judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
23 individu didakwa di Mahkamah Majistret di George Town hari ini atas pertuduhan mempromosikan judi online. - Foto oleh IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Seramai 23 individu berusia antara 17 hingga 32 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mempromosikan judi online Jumaat lalu.

Tertuduh, iaitu 19 lelaki dan empat perempuan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Majistret Rosnee Mohd. Radzuan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mempromosikan permainan perjudian dalam talian kepada pelanggan dengan menggunakan set komputer di dua lokasi berbeza.

10 daripada mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Persiaran Gurney di sini pada pukul 5.25 petang, 7 Januari lalu, manakala 13 lagi di sebuah kondominium di Jalan Kelawei di sini pada pukul 6.45 petang hari sama.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 serta hukuman penjara tidak lebih tiga tahun.

Selain itu, tertuduh juga berdepan hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Pang Chun Keat.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 7 Mac depan.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket perjudian online yang menjadikan dua unit kondominium mewah sebagai pusat operasi selepas menahan 23 individu dalam dua serbuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI