fbpx

Tujuh remaja Orang Asli peluk Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Syahbuddin Hashim berdiri lima dari kanan bersama masyarakat Orang Asli yang memeluk Islam di madrasah Taman Sri Galas, Kuala Betis, Gua Musang.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Selepas mendalami ajaran Islam sejak di bangku sekolah, seramai tujuh Orang Asli suku kaum Temiar hari ini berpeluang untuk mengucap kalimah syahadah.

Mohamad Airill Shahrin Zainal, 21, bersama rakan-rakannya, Nur Ernafazilah Zainal, 19, Bibie Vanessa Murad, 15, Siti Awara Johari, 13, Sharida Amat, 21, Inida Hasnie, 13, dan Shahira Halim, 13, memeluk Islam pada Majlis Pengislaman masyarakat Orang Asli yang berlangsung di madrasah Taman Sri Galas, Kuala Betis di sini hari ini.

Mohamad Airill Shahrin berkata, dia pernah mengikut rakan-rakan Orang Asli yang beragama Islam mendengar ceramah agama selain menuntut ilmu dengan seorang ustaz di Bidor, Perak.

“Dalam keluarga hanya saya seorang yang belum memeluk Islam, namun ibu bapa dan ahli keluarga yang lain amat menghormati keputusan saya.

“Saya juga berhasrat untuk terus mendalami agama Islam dan larangannya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini.

Bagi pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra, Bibie Vanessa Murad, 15, dia tidak merasakan keputusan memeluk Islam telah terlewat, malah bersyukur mendapat hidayah Allah.

Katanya, ibunya Nur Alisa Abdullah, 31, juga telah memeluk Islam sejak dua tahun lalu.

“Selepas ibu bercerai dengan bapa, saya bersama dua adik memilih untuk tinggal bersama ibu yang memeluk Islam.

“Ramai orang kampung di sini sudah memeluk Islam, lama-kelamaan saya terikut-ikut apa yang mereka lakukan termasuklah larangan bagi perkara halal dan haram,” katanya.

Program pengislaman Orang Asli itu disempurnakan oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (PEKA GM), Mohd. Syahbuddin Hashim dengan disaksikan Imam Tua Masjid Tengku Muhammad Fa-Iz Petra, Othman Saufi.

Mohd. Syahbuddin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, berkata, program itu dilaksanakan bertujuan untuk mendekati masyarakat Orang Asli disamping merapatkan lagi hubungan silaturahim bersama masyarakat itu. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI