fbpx

40 tahun menjanda, nenek akhirnya nikah lelaki muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar majlis perkahwinan Mama Norlie bersama suaminya.

PETALING JAYA – Perbezaan usia 19 tahun tidak menghalang seorang nenek dan seorang pemuda mengecapi kebahagiaan seperti pepatah Melayu, kalau sudah jodoh memang tidak ke mana.

Sebuah perkahwinan yang dibina tidaklah memandang paras rupa mahupun jarak usia, sebaliknya keikhlasan hati dan rasa cinta adalah penting untuk terus bertahan.

Menerusi perkongsian oleh @elsuse di media sosial, memaparkan detik kebahagiaan ibu angkatnya yang lebih mesra dipanggil Mama Norlie selamat bergelar isteri orang pada 9 Januari yang lalu setelah hidup bersendirian selama 40 tahun.

“Mama angkatku, Mama Norlie telah selamat diijabkabul setelah menyendiri selama 40 tahun pada 9 Januari 2022.

“Suaminya sebaya denganku, 44 tahun dan mama sudah 63 tahun,” katanya.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, terdapat segelintir pengguna menganggap lelaki tersebut berkahwin atas dasar inginkan harta wanita itu.

“Nenek ini mesti banyak simpan duit, sebab itu lah setuju sahaja,” kata eliscoper.

Namun, wanita itu menyelar dakwaan pengguna tersebut dan memaklumkan bahawa lelaki itu merupakan seorang yang baik hati dan selalu membantu kehidupan ibu angkatnya sebelum ini.

“Lelaki itu yang banyak membantu kehidupan Mama Norlie sebelum ini,” ujarnya.

Selain itu, dia juga turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengeji pasangan tersebut kerana jodoh, rezeki dan ajal adalah ketentuan Allah.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai mendoakan kebahagian rumah tangga warga emas itu.

“Tahniah adik, dapat atok muda. Moga perkahwinan nenek diberi kebahagiaan berpanjangan,” kata Laila Suhaila.

“Saya pun berkahwin dengan lelaki muda, saya 57 tahun, suami 28 tahun, moga dipermudahkan semuanya,” kata Ana Aryanna Khan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI