fbpx

Peguam mahu bantu remaja curi tabung masjid buat rayuan hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja lelaki dimandikan seperti jenazah selepas ditangkap kerana mencuri tabung di sebuah masjid.

PETALING JAYA – Sebuah firma guaman di Sentul, Kuala Lumpur mahu membantu seorang remaja lelaki yang dihukum penjara 10 hari dan didenda RM4,000 kerana mencuri tabung di sebuah masjid untuk membuat rayuan terhadap hukuman itu di mahkamah.

Peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, sekiranya dipersetujui ahli keluarga remaja itu, beliau mahu meminta mahkamah membuat semakan terhadap keputusan berkenaan kerana daripada segi undang-undang untuk pesalah muda dan pesalah kali pertama boleh dikenakan bon berkelakuan baik.

“Dia boleh buat rayuan terhadap hukuman. Berkenaan ada pihak mahu membayarkan denda itu tiada masalah, cuma untuk pesalah kali pertama, pesalah muda dia boleh dapat bon untuk kelakuan baik.

“Jika boleh kita minta mahkamah “review” balik hukuman itu. Bagaimanapun saya perlu dapatkan keluarganya terlebih dahulu untuk dapatkan lantikan, arahan dan persetujuan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang remaja lelaki yang videonya tular apabila dimandikan seperti jenazah selepas ditangkap kerana mencuri tabung di sebuah masjid dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majisret di sini semalam.

Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu terhadap Daniel Iskandar, 19, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 9 Januari lalu dan sekiranya gagal membayar jumlah denda tersebut dia boleh dipenjara selama lima bulan.

Terdahulu, Mohd. Khairul Azam menerusi akaun Facebook beliau meminta mereka yang mengenali keluarga remaja berkenaan untuk menghubunginya.

Menurut beliau, semua yang disabitkan kesalahan dan dihukum mahkamah mempunyai hak untuk merayu atas hukuman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI