fbpx

Enam bot nelayan tenggelam dilanda ombak besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bot nelayan yang terbalik sebelum tenggalam akibat ombak besar di 3.7 batu nautika dari muara Hutan Melintang dekat Bagan Datuk semalam.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Sebanyak enam bot nelayan tempatan terbalik sebelum tenggelam akibat ombak besar di lokasi kira-kira 3.7 batu nautika dari muara Hutan Melintang, dekat Bagan Datuk, semalam.

Bagaimanapun semua nelayan dan awak-awak yang menaiki bot tersebut selamat selepas berjaya dinaikkan ke bot nelayan tempatan yang berada tidak jauh dari bot-bot yang tenggelam itu dalam kejadian tengah hari semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman, berkata pihaknya menerima maklumat daripada Pasukan Polis Marin mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 12.50 tengah hari semalam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, kesemua mangsa telah diselamatkan nelayan berhampiran dan jumlah mangsa yang terlibat masih tidak dapat dikenal pasti dan tiada kematian dilaporkan.

“Kesemua bot itu dikenal pasti keluar dari jeti di Sekinchan, Selangor; Bagan Datuk dan Hutan Melintang, Perak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shahrizan berkata, kejadian dipercayai berlaku berikutan fenomena air pasang besar, hujan dan angin kuat sehingga menyebabkan bot-bot itu tenggelam.

Beliau menasihati nelayan lebih berhati-hati dan memakai jaket keselamatan ketika menangkap ikan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku selain melaporkan segera sebarang kejadian di laut kepada pihak berkuasa. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI