fbpx

Yahoo benar pekerja bekerja dari mana-mana sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 8,000 pekerja Yahoo Jepun akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan polisi tersebut. - Getty

TOKYO –  Enjian carian internet Yahoo di Jepun mengumumkan pelaksanaan polisi bekerja secara fleksibel yang membolehkan pekerjanya bekerja dari mana-mana lokasi di seluruh negara itu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Syarikat enjin carian itu dalam satu kenyataan semalam berkata, kira-kira 8,000 pekerja akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan polisi baharu itu  yang akan mula berkuat kuasa pada 1 April ini.

Presiden Yahoo Jepun, Kentaro Kawabe berkata, lebih 90 peratus pekerja syarikat itu telah bekerja dari luar pejabat dan keadaan tersebut telah membuatkan prestasi kerja mereka menjadi bertambah baik.

“Kami membenarkan pekerja untuk tinggal di mana-mana lokasi yang mereka mahu di Jepun. 

“Ini tidak bermaksud yang kami menidakkan kebaikan bekerja di pejabat. Pekerja boleh pergi ke pejabat walaupun dengan menggunakan pesawat,” katanya.

Polisi bekerja secara fleksibel itu turut membolehkan pekerja pergi ke pejabat dengan menaiki pesawat.

Sebelum pandemik Covid-19, Yahoo membenarkan pekerja syarikat itu untuk bekerja secara fleksibel dari rumah, namun mengehadkan bilangan hari kepada lima hari sebulan untuk tempoh bekerja dari rumah.

Bagaimanapun, syarikat itu kini melonggarkan peraturan tersebut dan memperuntukkan sebanyak AS$1,300 (RM5,430) sebulan untuk setiap pekerja bagi elaun perjalanan.

Peraturan terbaharu yang dilaksanakan Yahoo Jepun itu dilihat bercanggah dengan budaya penduduk negara itu ketika sebelum pandemik, di mana pekerja digalakkan bekerja di pejabat dengan tempoh waktu bekerja yang panjang. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI