fbpx

Isteri muat naik gambar suami dan perempuan simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nisa (gambar kiri) nekad memuat naik gambar suaminya dengan teman wanitanya (kanan). - Annisa Nur Aidah

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia bertindak nekad dengan memuat naik gambar suaminya bersama seorang wanita lain yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki itu, lapor portal Wolipop semalam.

Berdasarkan hantaran di Facebook, wanita bernama Annisa Nur Aidah, 25, itu berkongsi beberapa gambar suami dan teman wanitanya yang dikatakan menyertai aktiviti menunggang motosikal bersama-sama.

“Alhamdulillah. Semoga kamu berdua bahagia. Jangan menyesal di kemudian hari. Saya lepaskan kamu dengan bismillah,” katanya pada keterangan gambar tersebut.

Wolipop kemudiannya menghubungi ibu kepada dua orang anak yang lebih mesra dipanggil Nisa itu bagi mengesahkan cerita tersebut.

“Saya mendapat gambar mereka dari sebuah kumpulan motosikal. Ada rakan yang menghantar gambar mereka berdua dalam kumpulan perbualan sosial tersebut,” katanya.

Tambah Nisa, dia sudah mengetahui mengenai kisah kecurangan suaminya dengan wanita tersebut pada tahun lalu, namun memilih untuk berdiam diri demi menjaga keharmonian rumah tangga.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila melihat gambar-gambar tersebut kerana tidak menyangka mereka akan mempamerkan hubungan itu dengan bangga kepada orang ramai walaupun kami belum bercerai,” jelasnya.

Menurut Nisa, sepanjang perkahwinan mereka, itu bukan kali pertama suaminya curang, namun semua perbuatannya dimaafkan wanita itu.

“Sekarang saya sudah tidak mampu bertahan dan nekad ingin berpisah,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI