fbpx

Peniaga dijamin dapat tapak bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainol (dua kiri) menyampaikan watikah kepada wakil Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, pada Mesyuarat Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Perak Tahun 2022 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

IPOH – Kerajaan negeri memberi jaminan semua peniaga dan penjaja akan memperoleh tapak bazar Ramadan yang dipohon melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, ia ekoran pihaknya menjangkakan pertambahan peniaga dan penjaja bagi bazar Ramadan tahun ini.

Menurut beliau, seperti tahun lalu pihaknya juga telah meminta PBT di negeri ini memastikan semua penjaja mendapat tapak bazar Ramadan seperti tahun lalu.

“Bazar Ramadan adalah salah satu yang menjadi isu apabila menjelang bulan Ramadan melibatkan isu tapak tidak cukup, namun dua tahun lalu disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) bazar tidak meriah.

“Jadi saya yakin lebih ramai lagi akan menyertai bazar Ramadan kali ini memandangkan mungkin kelonggaran akan diberikan tetapi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Perak Tahun 2022 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Zainol Fadzi berkata, sekiranya berlaku tapak bazar Ramadan tidak mencukupi, kerajaan negeri akan membuka lokasi baharu yang dirasakan sesuai.

“Seperti tahun lepas, kita telah mengarahkan semua PBT supaya kesemua peniaga dan penjaja mendapat tapak bazar Ramadan untuk berniaga.

“Jadi, tidak ada peniaga yang terpinggir. Sebagai contoh, kalau tidak dapat tapak bazar di Stadium Perak atau Medan Gopeng, kita akan buka tapak baharu supaya mereka dapat peluang untuk berniaga,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI