fbpx

Oh Young-soo tolak ditemu bual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OH YOUNG-SOO

BARU-BARU ini, pelakon Squid Game, Oh Young-soo telah mencipta sejarah baharu dalam industri hiburan Korea apabila memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Televisyen) Anugerah Golden Globes 2022.

Lebih membanggakan, dia menjadi pelakon Korea Selatan pertama yang memenangi anugerah berprestij tersebut, bahkan dipuji impak siri hit Netflix tersebut.

Dengan rekod baharu ini, banyak media cuba mengambil peluang untuk menemu bual Oh Young-soo.

Bagaimanapun, menurut laporan The JoongAng, pelakon itu menolak semua tawaran temu bual kerana alasan yang mudah.

“Saya tidak boleh kerana saya ada penggambaran drama sekarang ini. Mohon maaf ya,” katanya.

Rata-rata netizen memuji tindakan dan jawapan spontan pelakon veteran itu kerana ketekunannya yang tidak berubah dan cintanya untuk terus berlakon.

Sementara itu, Oh Young-soo juga turut berkongsi ucapan penerimaannya melalui temu bual telefon dengan sebuah media arus perdana tempatan yang berjaya mendapatkan respons kemenangannya.

“Saya rasa ini kali pertama dalam hidup yang saya mahu memberitahu bahawa diri ini seorang lelaki yang baik-baik saja,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI