fbpx

Keseronokan berganda selepas kembali dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUNJUNG juga berpeluang untuk bermalam di vila terapung yang terletak di tengah tasik.

SELEPAS sekian lama ditutup ekoran pandemik Covid-19, taman tema air terkemuka di
utara tanah air, Lost World Of Tambun (LWOT), Ipoh, Perak kini kembali dibuka.

Mula dibuka pada 18 Oktober lalu, taman tema berkeluasan 17.8 hektar itu kembali menjadi pilihan pelawat yang ingin menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga dan insan tersayang.

Menariknya, LWOT tampil berwajah baharu dengan pengenalan beberapa tarikan terkini yang lebih mengujakan, sekali gus memberi lebih pilihan kepada pelawat.

Pengurus Besar LWOT, Nurul Nuzairi Mohd. Azahari berkata, pihaknya sentiasa berusaha memperkenalkan sekurang-kurangnya satu tarikan baharu setiap tahun.

Jelasnya, sepanjang dua tahun lalu iaitu ketika era pandemik Covid-19, LWOT telah memperkenalkan permainan air serta tempat penginapan baharu.

“Sepanjang tempoh itu, kami ada memperkenalkan beberapa tarikan baharu, tetapi tiada promosi dilakukan disebabkan pandemik.

“Ia merupakan nilai tambah kepada permainan dan penginapan sedia ada dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung pada setiap tahun,” katanya ketika ditemu bual Horizon baru-baru ini.

Salah satu tarikan diperkenalkan oleh LWOT adalah Malayana Rain Fortress (MRF) iaitu sebuah kawasan permainan air baharu yang sesuai buat seisi keluarga.

MRF merupakan kawasan permainan air dua tingkat yang dilengkapi dengan 12 variasi gelongsor air berwarna-warni.

Pada masa sama, LWOT memperkenalkan terowong cinematik 4 dimensi (4D) dikenali sebagai Dragon’s
Lair Adventure (DLA) dalam usaha menambah lagi keseronokan di laluan airnya.

“MRF adalah sebuah kawasan permainan air yang sesuai buat seisi keluarga. Ia mempunyai gelongsor air
yang tidak terlalu tinggi dan sesuai buat kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas.

“DLA pula menawarkan pengalaman cinema 4D yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Ketika berada di dalam terowong, para pengunjung akandikejutkan dengan kehadiran naga dari
sebuah skrin gergasi,” tegasnya.

TARIKAN terkini LWOT, permainan air dua tingkat iaitu Malayana Rain Fortress sebagai tarikan lebih menarik kepada pengunjung.

Tambahnya, LWOT turut membawamasuk seekor badak air jantan yang dinamakan Jiwang untuk digandingkan dengan badak air betina yang sedia ada di situ, Juwita pada tahun lalu.

Bagi memberikan kelainan kepada pengunjung, LWOT mempelbagaikan tempat penginapannya dengan
memperkenalkan khemah glamping dan villa terapung yang sesuai untuk penginapan keluarga.

Ujar Nurul Nuzairi, glamping dan villa terapung tersebut terletak di dalam kawasan taman tema, sekali gus membolehkan para pelawat mengakses kawasan sekitar pada bila-bila masa.

“Sebelum ini, kami hanya ada hotel LWOT di luar taman tema. Bagaimanapun, kami dapati ramai pengunjung yang ingin memaksimumkan kepuasan dengan tinggal di dalamnya.

“Justeru, kami tampil dengan enam unit khemah glamping dengan setiap satu mampu memuatkan
seramai dua orang dewasa. Kami juga memperkenalkan tiga buah vila terapung yang terletak di tengah tasik dengan pergerakan minimum,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Nurul Nuzairi menasihati para pengunjung supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi
standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa ketika berada dalam LWOT.

Ujarnya, pihaknya juga sentiasa mematuhi saranan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara yang hanya
membenarkan separuh daripada jumlah kapasiti sebenar berada dalam LWOT pada satu-satu masa.

“Sebelum ini, jumlah pelawat maksimum yang boleh diterima oleh kami seramai 37,000. Kini, ia dihadkan
kepada 18,500 orang bagi memudahkan pelawat mematuhi SOP ditetapkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI