PEMINAT-peminat Blackpink tidak sekadar merungut, bahkan mula menuntut kemunculan semula kumpulan itu secepat mungkin.
Bercakap tentang tempoh rehat Blackpink dikatakan menyamai tempoh perkhidmatan ketenteraan wajib golongan lelaki Korea Selatan, peminat yang kecewa telah bersatu dan masing-masing mendesak agar kumpulan itu muncul dengan lagu baharu.
Memandangkan setiap ahli sibuk dengan promosi solo tahun lepas, peminat sebenarnya kecewa kerana Blackpink tidak mengeluarkan sebarang lagu baharu sebagai satu kumpulan, sepanjang tahun lalu.
Kali terakhir Blackpink hadir dengan lagu Lovesick Girls sekitar setahun setengah yang lalu.
Ketika peminat naik marah, YG Entertainment sebaliknya mengumumkan buah tangan baharu kumpulan tersebut berupa sebuah DVD Blackpink yang akan mula dijual pada 25 Mac ini.
Pengumuman tersebut menambahkan rasa lebih geram peminat terhadap agensi tersebut kerana peminat merasakan mereka hanyalah ‘mesin tunai’ kepada YG.
Kini tanda pagar #BLACKPINKCOMEBACKNOW, #STOPDELAYINGBLACKPINK trending dalam Twitter, tanda desakan terhadap YG agar mempercepatkan kemunculan Blackpink dengan lagu baharu.