fbpx

Lelaki cemas lipas bersembunyi di dalam telinga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada lipas yang berjaya ditarik keluar dari telinga Wedding. - Zane Wedding/ New Zealand Herald

AUCKLAND, NEW ZEALAND – Seorang lelaki berdepan saat cemas apabila rasa tidak selesa dalam telinga berpunca dari seekor lipas yang bersembunyi di situ, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Zane Wedding mula berasa ada sesuatu bergerak dalam telinganya  selepas pulang dari aktivit berenang, baru-baru ini.

Pada mulanya, dia hanya diberikan ubat antibiotik kerana doktor menyangka ia merupakan jangkitan kuman.

Bagaimanapun, Wedding tidak berpuas hati dengan rawatan itu kerana dia masih berasa tidak selesa, pekak sebelah telinga dan tidak boleh tidur selama dua malam.

Akhirnya Wedding mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah klinik pakar telinga, hidung dan   dengan penemuan mengejutkan berlaku di situ.

“Doktor di situ menjerit apabila memeriksa telinga saya. Dia ada serangga di dalamnya.

“Doktor berjaya menarik seekor lipas keluar yang sudah terputus dua dari dalam telinga saya,” ujarnya.

Tambah Wedding, dia sangat lega bahawa lipas adalah punca telinganya tidak selesa kerana sebelum itu, doktor memberi bayangan dia mungkin mempunyai ketumbuhan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI