IPOH – Suspek kedua kes culik dan bunuh seorang lelaki yang mayatnya dijumpai ditanam di sebuah kebun kelapa sawit di Bidor, semalam, berjaya diberkas di Taiping dekat sini hari ini
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditangkap pada pukul 1 tengah hari
“Suspek pertama ditangkap dua hari lalu dan dia telah menunjuk arah lokasi mayat mangsa ditanam. Rakan susupek pula dicekup petang tadi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pondok Polis Komuniti Terminal Meru Raya di sini hari ini.
Berita berkaitan: Lelaki diculik, ditemui mati dibunuh
Menurut beliau, pihaknya masih menunggu hasil laporan bedah siasat ke atas mayat mangsa yang ditemui sudah reput.
Mengikut keterangan suspek, mereka mengunakan sebatang kayu untuk memukul mangsa di kepala dan badan. – K! ONLINE.