fbpx

Didenda RM7,000 miliki gambar, video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Padah memiliki gambar dan video lucah dalam kad memori dan telefon bimbit, seorang pembantu restoran didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nadia Othman menjatuhi hukuman itu ke atas R. Pravin Menon, 49, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes hari ini.

Tertuduh didakwa memiliki 53 kandungan lucah dalam kad memori dan 61 kandungan sama dalam telefon bimbit jenama Vivo.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kafe di sebuah premis di Jalan Raja Chulan di sini pada pukul 10.30 pagi, 27 Ogos 2020 dan didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah menjatuhi hukuman denda RM3,500 bagi pertuduhan memiliki 53 kandungan lucah dalam satu unit kad memori dan jumlah sama bagi pertuduhan memiliki 61 kandungan lucah dalam telefon bimbit.

Terdahulu, Pravin Menon yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana ini adalah kesalahan pertama selain memohon maaf atas kesilapan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Fazril Sani Mohamed Fadzil memohon mahkamah mengenakan hukuman mengikut trend kesalahan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI