PETALING JAYA – Pepatah Melayu ada mengatakan ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’ bagi menggambarkan mengenai rezeki dan tuah masing-masing yang berbeza.
Walaupun dilihat sebagai pekerjaan berkelas rendah, tidak menghadap komputer, pemandu lori merupakan pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan.
Satu klip video di akaun TikTok @Madrizz_Official menjawab soalan dari pengikutnya yang ingin mengetahui gaji yang diperoleh beliau.
Jelasnya, gaji kasar pemandu lori sepertinya boleh mencecah sehingga RM8,000 sebulan manakala pendapatan bersih pula adalah sebanyak RM6,215,” ujarnya.
Rata-rata orang ramai turut meninggalkan komen dan ada menyatakan gaji pemandu lori lebih tinggi dan ada yang mencecah sehingga belasan ribu ringgit.
“Abang saya pemandu lori tangki, awalnya dia nak kahwin dengan kakak ipar seorang guru ramai yang kata tidak sepadan dari segi kerja.
“Saya tak nak tipu, gaji abang saya cecah RM10,000 sebulan, jangan pandang hina dengan kerja pemandu lori,” jelas Syafiq Zulkifli.
“Betul, kerja mereka bukan dalam pejabat tapi gaji pemandu lori besar. Lagi lama pengalaman lagi mahal gaji mereka.
“Tengok harga lori, ada yang setengah juta ringgit. Tak hairan gaji pemandunya juga besar,” kata Faisal_92. K! ONLINE.