fbpx

Wanita terkurung empat hari bersama ‘blind date’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wang terkandas di rumah lelaki itu selama empat hari. – Shenzhen TV

BEIJING – Seorang wanita di  China terkurung empat hari bersama seorang jejaka yang baru dikenalinya  apabila dia  terkandas di rumah lelaki berkenaan disebabkan pelaksanaan  perintah berkurung Covid-19, lapor Badan Penyiaran Britain semalam.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Wang itu memuat naik hantaran di laman WeChat pada minggu lepas dengan memberitahu bahawa dia terkandas di rumah lelaki yang dikenalinya menerusi janji temu janji buta (blind date).

Berdasarkan hantarannya, Wang berkata, dia baru pulang ke bandar Zhengzhou dari  Guangzhou menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

“Disebabkan umur saya semakin meningkat, ibu bapa telah menetapkan 10 sesi temu janji untuk saya bersama lelaki berlainan.

“Lelaki kelima itu mendakwa bahawa dia amat bagus dalam memasak, jadi, dia menjemput saya pergi ke rumahnya untuk merasai masakannya,” kata Wang.

Bagaimanapun, ketika  menikmati makanan di rumah lelaki itu, kawasan tersebut tiba-tiba berada dalam pelaksanaan perintah berkurung akibat kenaikan mendadak kes Covid-19.

Situasi tersebut menyebabkan Wang terkandas di rumah lelaki itu selama empat hari.

Sementara itu, meskipun menyifatkan keadaan tersebut sebagai bukan sesuatu yang ideal, Wang mengakui bahawa lelaki berkenaan memasak setiap hari ketika mereka terkandas bersama-sama.

“Dia bagaimanapun tidak banyak bercakap,” kata Wang. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI