fbpx

Polis Negeri Sembilan siasat kenyataan pemilik akaun ‘Edisi Siasat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusop. FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan membuka kertas siasatan berhubung kenyataan pemilik akaun Twitter, Edisi Siasat yang mendakwa pihaknya terlibat dalam kehilangan barang kes iaitu wang tunai berjumlah lebih RM600,000 pada Mei 2020.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, siasatan dijalankan selepas satu laporan dibuat Polis Negeri Sembilan berhubung kenyataan fitnah itu di Balai Polis Campbell di sini semalam.

“Kita tengah siasat dan mengesan pemilik akaun Twitter Edisi Siasat dan siasatan dijalankan mengikut Sekyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah.

“Saya menafikan dakwaan itu kerana polis telah menyerahkan siasatan kes kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam tular di laman Twitter mengenai pendedahan ‘Edisi Siasat’ berhubung satu laporan polis bertarikh 5 Mei 2020 yang dibuat seorang lelaki berhubung kehilangan wang tunai lebih RM600,000 miliknya ketika ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

Hantaran dalam Twitter itu menulis “@PDRM N/Sembilan bersaing dengan @SPRMMalaysia siapa lagi besar curi wang barang kes dan pemenangnya adalah SPRM yang berjaya sapu RM25 juta manakala Polis Negeri Sembilan hanya sapu RM600 ribu ringgit.” – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI