fbpx

Ancaman harimau : Bekalan makanan Orang Asli mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslina (dua dari kiri) menyampaikan bekalan makanan kepada Penghulu Pos Bihai, Alang Segan di Kampung Tendrik, Pos Bihai, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan memastikan keperluan bekalan makanan di pos penempatan Orang Asli di sini sentiasa mencukupi meskipun mereka tidak masuk ke dalam hutan selepas bimbang serangan harimau belang.

Timbalan Pengarah Jakoa Kelantan/Terengganu, Roslina Bun berkata, tiga kali bantuan bekalan makanan asas telah disampaikan kepada penduduk kampung sejak sebulan lalu.

Katanya, bantuan bukan sahaja diberikan kepada dua buah pos yang terjejas dengan serangan harimau iaitu di Pos Bihai dan Pos Balar tetapi juga penduduk kampung berhampiran iaitu Pos Belatim.

“Bantuan telah dihantar kepada penduduk iaitu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan Jakoa.

“Setakat ini, tidak timbul isu bekalan makanan terputus. Cuma, kita akan fikirkan kaedah untuk menangani masalah bekalan makanan seterusnya,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI