fbpx

Mendiang Shebby akan disemadi di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak lelaki mendiang Serbegent Singh, Sonuljit (kiri) menunggu di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Anak lelaki kepada mendiang Shebby Singh memaklumkan keluarganya terharu dengan penghormatan dan kasih sayang yang ditunjukkan rakyat negara ini terhadap kejadian yang menimpa bapanya.

Sonuljit Singh, 32, bagaimanapun berkata, dia mewakili keluarga meminta semua pihak memberi ruang kepada mereka dalam berdepan kejadian yang cukup menyedihkan itu.

“Saya dan keluarga berterima kasih kepada semua, khususnya kasih sayang dan penghormatan yang ditunjukkan di media sosial, itu satu perkara yang baik untuk dilihat.

“Saya juga berharap semua pihak dapat memberi kami ruang untuk berdepan keadaan ini,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah, di sini hari ini.

Tambah Sonuljit, mayat mendiang Shebby Singh bakal dibawa ke Kuala Lumpur untuk diuruskan mengikut adat dan tradisi masyarakat Punjabi.

“Mayat mendiang akan diuruskan secara ‘cremation’, jadi pada masa ini keluarga sudah buat keputusan untuk membawa mayat mendiang ke Kuala Lumpur.

“Kerana lebih 40 tahun dia menetap di sana, membina karier dan bermain bola sepak di sana, jadi kesemua majlis akan diadakan di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Difahamkan, selepas tamat proses ‘post-mortem’, mayat mendiang akan dibawa untuk dibersihkan di Taman Nesa, Skudai sebelum dibawa ke Pusat Pembakaran Mayat di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI