fbpx

PAU 2021 diadakan 16 hingga 19 Mac nanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam telah memutuskan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 diadakan pada 16 hingga 19 Mac nanti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perasmian Perhimpunan Agung bagi tiga cabang iaitu Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 16 Mac nanti.

“Pada 17 Mac, Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri berlangsung, manakala keesokannya Ucapan Dasar Presiden dan Perasmian PAU oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum PAU bermula.

“Pada 19 Mac nanti pula, berlangsungnya PAU hari kedua,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Ahmad, semua 14 perwakilan setiap bahagian akan dijemput untuk menghadiri PAU 2021 dan tidak diadakan perhimpunan secara hibrid.

Katanya, semua lima perwakilan bagi setiap sayap akan menghadiri PAU kali ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan aplikasi MySejahtera, pensanitasi tangan dan sebagainya.

“Banjir besar yang melanda negara pada Disember 2021 dan Januari ini adalah sesuatu di luar jangkaan. Pelbagai bantuan banjir yang diberi kerajaan adalah dialu-alukan.

“Mesyuarat mengambil ingatan mengenai pengurusan banjir yang perlu diperbaiki terutama di Selangor. Sidang Dewan Rakyat khas pada 20 Januari nanti diharapkan dapat mengumpulkan cadangan bernas supaya Malaysia menjadi negara yang terhindar daripada banjir besar pada masa akan datang,” katanya.

MKT UMNO juga katanya, merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli dan pimpinan UMNO di semua peringkat yang terbabit sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir.

Pada masa sama, MKT UMNO turut menegaskan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sentiasa kekal, malah perlu terus dimantapkan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI