fbpx

Rumah belum siap selamatkan nyawa 73 penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INILAH rumah dua tingkat yang menjadi tempat 73 penduduk menyelamatkan diri ketika banjir besar di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam bulan lalu.

SHAH ALAM – Pengalaman menghadapi air deras yang diumpamakan seperti ‘peluru’ dalam kejadian banjir besar bulan lalu benar-benar memberi pengalaman ngeri kepada kira-kira 100 buah keluarga di Kampung Bukit Lanchong di sini.

Banjir terburuk dalam tempoh 20 tahun lalu itu tidak hanya menyebabkan lebih 1,000 buah rumah ditenggelami air, malah turut menyebabkan penduduk terpaksa menyelamatkan diri dengan ‘menumpang’ di atas bumbung rumah dua tingkat yang masih dalam pembinaan.

Seorang penduduk di Jalan Haruan 2 kampung itu, Hamdan Md. Sarif, 58, mengakui dia masih terkenang suasana pada hari kejadian apabila arus deras akibat banjir memasuki rumah mereka hanya dalam tempoh yang singkat.

“Dianggarkan 73 orang termasuk ahli keluarga saya dan jiran terpaksa menumpang di tingkat dua rumah adik lelaki yang dalam proses pembinaan bagi menyelamatkan diri dari musibah itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! kelmarin.

Bercerita lanjut, Hamdan yang telah tinggal di kampung itu sejak 40 tahun berkata, sepanjang berada di atas rumah berkenaan, dia sempat melihat beberapa kediaman yang ranap sepenuhnya selepas ditenggelami air.

“Malah, beberapa buah ken­deraan turut dihanyutkan arus sejauh 50 hingga 100 meter termasuk sebuah kenderaan milik saya iaitu Toyota Unser.

“Kami kemudiannya berjaya diselamatkan pasukan keselamatan selepas 14 jam berada di rumah adik pada 18 Disember lalu,” katanya.

Bagi Sewah Samidjo, 65, yang merupakan orang kelainan upa­ya (OKU) akibat penyakit Congenital Anomalies, dia tidak dapat melupakan detik kejadian itu yang menyebabkan isterinya, Saripah Daud, 57, yang juga OKU perlu mengharungi banjir pada paras pinggang menggunakan kerusi roda.

Ujarnya, dia bagaimanapun bersyukur kerana mendapat bantuan daripada jiran-jiran dan menantunya yang membantu menolak mereka sejauh kira-kira satu kilometer ke lokasi yang selamat.

“Tiada apa yang dapat dise­lamatkan dan saya hanya sempat mengambil surat beranak dan kad pengenalan sebelum mening­galkan kediaman,” kata­nya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI