fbpx

Pecca meterai perjanjian jual beli tanah dengan UMW Development

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pecca Group Berhad (Pecca) melalui anak syarikat milik penuhnya, Pecca Leather Sdn. Bhd. (PLSB) telah memeterai perjanjian jual beli dengan  UMW Development Sdn. Bhd. (UMW Development)  berhubung pembelian tanah perindustrian seluas 4.31 ekar dengan pertimbangan
pembelian RM8.45 juta.

Tanah yang terletak di Serendah, Selangor itu adalah sebahagian daripada pembangunan perindustrian, komersial dan kediaman campuran yang dikenali sebagai UMW HVM Park, sebuah taman pembangunan perindustrian bernilai tinggi yang dibangunkan khusus untuk aktiviti pembuatan bernilai tinggi dalam industri seperti penjagaan kesihatan dan automotif.

Menurut maklumannya  kepada Bursa Malaysia semalam, Pecca berkata, pembinaan bangunan
kilang itu akan mengikut reka bentuk dan spesifikasi bernilai tinggi selaras dengan keperluan di bawah Pelan Induk Taman UMW HVM.

Mengulas mengenai cadangan pembelian tersebut, Pengarah Urusan Pecca, Datuk Teoh Hwa Cheng berkata, pembelian tersebut adalah untuk  membangunkan dan membina kemudahan pembuatan kedua bagi operasi Kumpulan.

“Ini akan membolehkan Pecca meningkatkan kapasiti pengilangan dan pengeluarannya dengan ketara dalam memenuhi pesanan masa hadapan.

“Sejak penutupan seluruh industri telah ditarik balik, kadar penggunaan untuk kemudahan pembuatan semasa kami telah menyaksikan peningkatan kepada hampir 100 peratus disebabkan oleh pengeluar kereta mengejar pesanan tertunggak mereka,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Hwa Cheng menjelaskan, pemilikan tanah  di taman pembuatan bernilai tinggi itu juga selaras dengan strategi Pecca untuk meningkatkan kecekapan operasinya dengan menyepadukan inovasi terbaharu dalam Industri 4.0 serta infrastruktur pembuatan termaju.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI