fbpx

Pengantin potong rambut sebelum resepsi tanda permulaan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Welch memotong rambutnya sejurus selepas upacara permeteraian perkahwinan, dan sebelum menyertai majlis resepsi. - Stephanie Lee/TikTok

COLUMBUS, GEORGIA – Seorang pengantin perempuan mengejutkan tetamu jemputan kerana bertindak memotong rambutnya ketika selang waktu antara upacara perkahwinan dengan resepsi majlis bagi mendapatkan penampilan terbaharu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Alyssa Welch, yang merupakan seorang pendandan rambut dari Columbus, Georgia, bertindak demikian dengan bantuan rakan sekerjanya.

Dia bertindak demikian sejurus selepas upacara pemeteraian perkahwinan dan sebelum menyertai majlis resepsi di mana pada kebiasaannya, pasangan pengantin akan menukar busana baharu.

Aksinya itu dirakam dan dikongsikan di TikTok, di mana Welch telah memotong rambutnya sepanjang 15 sentimeter.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai pandangan daripada pengguna media sosial.

“Saya amat menyukai trend ini. Saya berpendapat ia adalah simbolik kepada tindakan menamatkan kehidupan lama untuk memulakan kehidupan baharu,” kata seorang pengguna.

“Ini adalah perubahan perkahwinan kegemaran saya. Jika boleh kembali ke masa lalu, saya akan melakukan perkara yang sama,” tulis seorang lagi netizen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI