fbpx

Thailand negara terbaik persaraan di Asia 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THAILAND menduduki tangga teratas sebagai negara terbaik untuk persaraan di Asia pada 2022 oleh majalah International Living. – The Thaiger

BANGKOK – Thailand tersenarai sebagai negara terbaik di Asia untuk persaraan pada 2022 oleh majalah International Living, lapor laman berita The Thaiger semalam.

Bukan itu sahaja, negara itu juga berada pada kedudukan ke-11 dalam senarai negara terbaik global untuk persaraan pada 2022. 

Panama, Costa Rica dan Mexico pula berada pada kedudukan tiga teratas.

Indeks persaraan global tahunan majalah itu dijaringkan pada beberapa kategori termasuk perumahan, faedah, visa dan kediaman, hiburan serta iklim.

Thailand tersenarai sebagai negara nombor satu di Asia pada tahun ini berdasarkan faktor seperti pantainya, iklim tropika, pelbagai pilihan kehidupan mampu milik, kos perubatan yang berpatutan dan proses visa yang mudah untuk pesara.

Menurut majalah itu, Bangkok, Chiang Mai, Phuket dan Hua Hin adalah bandar-bandar teratas untuk didiami.

Kos persaraan di Thailand hanya menelan belanja sekitar 33,500 baht (RM4,199.48) dan sebuah apartmen berharga sekitar 13,400 baht (RM1,697.79) hingga 16,750 baht (RM2,099.74). 

Majalah itu memberikan Thailand skor 72.9 pada sistemnya berdasarkan faedah perolehan semula. 

Skor negara-negara lain di Asia pula diikuti Kemboja (72.3), Malaysia (72) Indonesia (69) dan Vietnam (68.3).

Panama malah disenaraikan dalam indeks majalah itu sebagai tempat persaraan terbaik dunia dengan skor 86.1 disebabkan memiliki iklim tropika, kos sara hidup yang berpatutan dan penduduk yang mesra. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI