PHILADELPHIA, PENNSYLVANIA – Seorang wanita warga emas berusia 106 tahun mendakwa hayatnya panjang disebabkan agama dan tabiat makan burger Big Mac dari McDonald’s, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Dorothy Nedd dari Philadelphia Selatan di Pennsylvania genap berusia 106 tahun pada Jumaat minggu lalu.
Wanita itu masih dalam keadaan sihat walaupun hidup ditemani cucunya, Zulema yang menjaga keperluan hariannya.
Menurut Zulema, Big Mac adalah makanan kegemaran Nedd dan akan memesannya setiap minggu selepas pulang dari gereja.
“Kami akan ke McDonald’s pada setiap hujung minggu dan nenek akan memesan hidangan Big Mac.
“Big Mac adalah makanan kegemarannya dan dia jarang memesan hidangan lain di McDonald’s,” jelas Zulema kepada wartawan daripada FOX 29 News. – Agensi