fbpx

KL bakal ikut jejak Paris warta had laju 30km/j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SURET Singh (dua dari kiri) bertukar cenderamata dengan Mahadi Che Ngah (dua dari kanan) di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – Foto ihsan DBKL

PUTRAJAYA – Selepas ibu kota Perancis, Paris mewartakan had laju maksimum 30 kilometer sejam (km/j) pada 30 Ogos tahun lalu, Kuala Lumpur pula bakal mengikut jejak yang sama.

Demikian dibayangkan Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Datuk Suret Singh menerusi ciapan dalam akaun sosial Twitter beliau baru-baru ini.

Menurutnya, ia susulan hasil kunjungan hormat beliau ke atas Datuk Bandarnya, Datuk Seri Mahadi Che Ngah di pejabatnya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu.

“Miros dan DBKL akan bekerjasama untuk menjadikan had laju 30 km/j dilaksanakan zon tertentu manakala 50 km/j di kawasan lain bakal menjadi kenyataan,” jelas ciapan tersebut.

Paris tahun lepas menjadi kota raya yang ketiga di Perancis telah berbuat demikian selepas Grenoble dan Lille, selain bandar Bilbao di Sepanyol dan ibu negara Belgium, Brussels. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI