fbpx

Anak lelaki ke tu Neelofa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA dilihat meninggalkan emoji bentuk budak lelaki pada ucapan terima kasih atas pemberian seorang peminat kepadanya,

SELAGI tiada berita kelahiran, selagi itulah cerita tentang kehamilan Neelofa terus menjadi bualan ramai.

Sebelum ini dia pernah mencuri perhatian ramai apabila anak kepada Yang Di-Pertuan Agong menghadiahkan barangan bayi kepadanya dan kali ini pula diberikan makanan.

Sekarang, bukan bab makanan yang hendak diberikan fokus tetapi mengenai emoji bayi lelaki yang digunakan bekas pengacara MeleTOP itu.

“Terima kasih @imanabdullah, sangat baik dan (emoji bayi lelaki) gembira dapat makanan sedap,” tulisnya.

Tidak dapat dipastikan sama ada memang benar dia hamil anak lelaki atau emoji tersebut digunakan secara rawak sahaja.

Bagi Mizz Lahar, tidak kisahlah lelaki atau pun perempuan, harap bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan sihat dan selamat.

MIZZ LAHAR: Yang pasti nanti, anak Neelofa akan popular ada ada juta-juta pengikut macam maknya juga. Tak silap, terus ada jenama nama anak pula. Apa pun, kita tunggu, sebab janji Neelofa, bukan kehamilan tetapi kelahiran yang perlu dihebahkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI