fbpx

Dia guru Il-nam! – Lee Jung-jae

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE JUNG-JAE (kanan) melahirkan kekaguman terhadap aktor legenda, Oh Yeong-su yang diangkat sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Televisyen) Anugerah Golden Globes, baru-baru ini.

SIAPA lagi yang paling gembira dengan kemenangan pelakon legenda, Oh Yeong-su, kalau bukan ‘gganbu’ yang dilakonkan Lee Jung-jae dalam siri Squid Game.

Kemenangan pelakon veteran itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik-Televisyen pada Anugerah Golden Globes diketahui ramai dan amat membanggakan pasukan siri fenomena tersebut.

Bahkan lebih membanggakan kerana itu merupakan kali pertama dan julung kalinya pelakon lelaki Korea Selatan berjaya menggenggam trofi dalam acara anugerah industri kreatrif bertarag dunia.

Meskipun tiada kemenangan peribadi, Jung-jae tidak dapat menyorokkan kegembiraannya dengan kemenangan yang diraih Young-soo.

“Dia Guru Il-nam! Tahniah! Setiap babak yang dilakukan bersama awak adalah satu penghargaan. Bermula daripada menjadi ‘gganbu’ awak sampailah sekarang,” tulisnya dalam Instagram.

Entri tersebut turut diselitkan foto mereka bersama ketika penggambaran siri popular tersebut.

Rata-rata peminat dan rakan artis memuji keserasian antara mereka yang diingati membawa watak Oh Il-nam (001) dan pemain Sung Gi-hun (456).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI