fbpx

Peluang kerjaya veteran ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikmal (lima dari kanan) ketika gimik pelancaran Kerjaya Ekonomi Gig Veteran ATM di Wisma Pahlawan di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan hari ini telah melancarkan program Kerjaya Ekonomi Gig untuk Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi pesara tentera.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, konsep gig yang diamalkan secara meluas di negara ini boleh dimanfaatkan kepada veteran ATM melalui inisiatif dan kepakaran yang sedia dimiliki.

Program tersebut turut melibatkan rakan strategik iaitu sebuah syarikat keselamatan, Code 7 Tech Sdn Bhd (Code 7) dan dijangka akan memanfaatkan lebih 128,000 veteran, yang berusia 60 tahun ke bawah.

Katanya, melalui kerjasama strategi bersama Code 7, veteran akan ditawarkan tangga gaji yang lebih menarik selain masa yang lebih fleksibel.

“Objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kedua kepada golongan veteran yang mempunyai kelebihan dan kepakaran dalam keselamatan.

“Ini juga membuka peluang kepada mereka yang terkesan dengan pasca pandemik Covid-19 untuk menambah pendapatan,” katanya ketika sidang akhbar selepas majlis tersebut hari ini.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang serta Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Code 7, Datuk Patrick Ong.

Mengulas lanjut, Jelas Ikmal mengenai tangga gaji, pesara tentera akan memperoleh manfaat gaji sebanyak RM7.80 sejam serta dibayar setiap dua minggu sekali.

“Mengenai skop kerja pula, kebanyakannya membabitkan sektor keselamatan dan perkhidmatan mereka akan diperoleh oleh orang awam apabila melanggan melalui aplikasi yang disediakan.

“Sebagai contoh, jika ada pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan veteran seperti mengawal atau memeriksa kediaman, veteran ini akan sampai dan menerima bayaran atas perkhidmatan mereka,” katanya.

Kata beliau, sehingga kini, seramai 204,156 orang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dengan 104,845 berpencen, manakala 73,835 adalah veteran tidak berpencen. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI