fbpx

Pemilikan F/A 18D Kuwait masih perbincangan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikmal (tiga dari kanan) ketika sedang akhbar majlis pelancaran Kerjaya Ekonomi Gig Veteran ATM hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan masih dalam peringkat perbincangan awal berkenaan pembelian aset udara terpakai dari Tentera Udara Kuwait.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, perbincangan tersebut masih dilakukan selepas cadangan pembelian aset jet pejuang F/A 18D Hornet disuarakan di Parlimen sebelum ini.

“Status sekarang masih dalam perbincangan awal, cadangan pembelian F/A 18D Hornet milik tentera Kuwait dibuat setelah mendapati jet pejuang tersebut masih elok.

“Walaupun dalam status terpakai, tapi penggunaannya masih rendah, jumlah jam penggunanya juga masih rendah. Kini dalam proses perbincangan awal,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas majlis pelancaran Kerjaya Ekonomi Gig Veteran ATM di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Kuwait telah menafikan laporan rundingan berhubung potensi penjualan aset udara F/A 18D Hornet mereka kepada Malaysia.

Penafian itu dibuat selepas Malaysia sebelum ini menyatakan minat untuk mendapatkan jet pejuang terpakai itu dari Kuwait.

Malaysia ketika ini mempunyai armada lapan pesawat pejuang tempat duduk berkembar F/A-18D serta 18 jet Sukhoi Su-30MKM Flanker-H buatan Rusia.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI