fbpx

Amaran hujan berterusan di Sarawak sehingga Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada bagi beberapa kawasan di negeri Sarawak.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku sehingga esok manakala hujan berterusan tahap waspada pula sehingga Sabtu ini.

“Bagi amaran hujan berterusan tahap buruk, hujan lebat berterusan dijangka berlaku di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song).

“Sementara itu, bagi amaran hujan berterusan tahap waspada, hujan berterusan dijangka berlaku di kawasan Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu dan Miri (Subis),” katanya hari ini.

Jelasnya, amaran hujan berterusan tahap buruk dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 millimeter (mm) dalam tempoh 6 jam.

Tambahnya, bagi amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI