fbpx

Lelaki jual sijil digital vaksinasi Covid-19 direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Seorang lelaki direman seminggu kerana didakwa menerima rasuah daripada orang awam bagi tujuan pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 di dalam aplikasi MySejahtera pada Oktober tahun lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Jessica Ombou Kakayun selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.30 tengah hari, semalam di pejabat SPRM ketika datang bagi memberi keterangan.

Terdahulu, ahli sindiket terbabit dipercayai memberi wang lebih RM2,000 kepada sukarelawan yang bertugas di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekitar Sabah.

Ia sebagai balasan untuk mendaftarkan penama-penama yang tidak menerima suntikan dos vaksin Covid-19 bagi mendapatkan sijil digital vaksinasi di dalam sistem MySejahtera.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI