fbpx

Pemilik syarikat kontraktor direman kemuka invois palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk proses reman. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Ketamakan seorang pemilik syarikat mengemukakan invois butiran palsu bernilai RM4,000 bagi kerja-kerja pemasangan penyaman udara di sebuah universiti awam memakan diri apabila direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali terhadap suspek berusia 48 tahun bagi membantu siasatan kes tersebut selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada prosiding tersebut, tertuduh diwakili Peguam Shalehhudin Salam.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan mendapati suspek telah menyertai syarikat tersebut lima tahun lalu selepas didaftarkan pada 2004.

“Suspek dipercayai telah mengemukakan invois mengandungi butiran palsu bernilai RM4,000 kepada sebuah universiti awam pada 2018.

“Ini bagi kerja-kerja pemasangan, membuka dan membersihkan penyaman udara sedangkan perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas sumber tersebut, ini merupakan projek ketiga diperolehi pemilik syarikat tersebut sejak 2018.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI