fbpx

SAC Wan Rukman Timbalan Ketua Polis Terengganu baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rukman (kanan) menerima dokumen serah jawatan daripada Norkhalid sambil diperhatikan Rohaimi di IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Senior Asisten Komisioner (SAC) Wan Rukman Wan Hassan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu berkuatkuasa hari ini.

Perlantikan Wan Rukman susulan persaraan wajib penyandang jawatan itu, SAC Norhalid Kimi.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia), Pembangunan Kerjaya Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas antara Norhalid dan Wan Rukman disaksikan oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Wan Rukman berasal dari Jertih, Besut memulakan kerjaya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pelatih pada April 1994 sebelum ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang setahun kemudian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI