fbpx

Kematian tragis 2 beradik, penganggur didakwa membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fauzi (tiga dari kiri) dibawa anggota polis atas pertuduhan membunuh dua beradik September tahun lalu.

SELAYANG – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang remaja perempuan dan adiknya dalam satu kejadian tragis melibatkan kebakaran sebuah rumah September tahun lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohd. Fauzi Selamat, 46, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua tertuduh didakwa telah membunuh B.Diviyah ,19, dan adik lelakinya B.Visnu yang berusia tiga tahun di sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang di sini antara pukul 10.10 pagi hingga 10.40 pagi pada 14 September 2021.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 16 Mac ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI