fbpx

Pemuda OKU mualaf berjaya hafaz al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mike Hoong berjaya menghafaz al-Quran selepas dua tahun mengikuti pengajian di Darul Quran Jakim.

PUTRAJAYA – Tanggal 10 Januari lalu menjadi detik terindah buat pemuda mualaf yang juga orang kelainan upaya (OKU) penglihatan apabila berjaya khatam hafazan 30 juzuk al-Quran.

Tan Mike Foong, 26, berasal dari Kuala Kubu Bharu meraih pencapaian itu selepas dua tahun mengikuti pengajian di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mike Foong berkata, dia akui gembira dengan pencapaian itu kerana susah payahnya selama ini akhirnya berbaloi.

“Saya akui amat berat untuk menghabiskan hafazan ini. Saya akan ulang balik mana yang tidak ingat dan akan hafal semula supaya lebih mantap,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya apa perancangannya selepas ini, Mike Foong berkata, dia kini sedang mengendalikan kelas mengaji al-Quran secara atas talian dan akan terus fokus dalam bidang itu pada masa depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI