fbpx

MBI buka 19 lokasi bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Sebanyak 945 lot petak niaga di 19 lokasi bazar Ramadan ditawarkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk peniaga sepanjang bulan puasa tahun ini.

Bilangan itu menunjukkan pengurangan sebanyak 120 petak niaga berbanding 1,065 lot dengan 25 lokasi ditawarkan tahun lalu.

MBI dalam satu kenyataan memberitahu, antara lokasi dibuka seperti di pekarangan Stadium Perak dan Taman Perpaduan iaitu masing-masing sebanyak 110 lot tapak niaga.

“Mana-mana persatuan atau kelab penjaja, agensi swasta, jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung serta masjid dan surau dipelawa memohon menjadi penganjur bazar ramadan tersebut.

“Permohonan dibuka mulai 17 Januari dan perlu dihantar kepada selewat-lewatnya pukul 12 tengah hari 28 Januari. Caj bagi tapak niaga pula adalah RM750,” jelas kenyataan itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI