PUTRAJAYA – Sebanyak 27 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan sebanyak 31,723 kes.
Menurut data pada laman web CovidNow, terdapat sembilan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sehingga kini sebanyak 6,401 kes.
Kesemua kematian tersebut dilaporkan di Selangor (9), Johor (4), Terengganu (4), Sabah (3), Kuala Lumpur (3), Kelantan (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1) dan Pahang (1) serta tiada kematian di Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya. -K! ONLINE