fbpx

Lelaki dicekup kes pecah mesin ATM bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Forensik menunjukkan kesan retak pada cermin di bank itu.

KLANG – Seorang lelaki dicekup bagi membantu siasatan kes pecah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Bandar Botanik, Bukit Tinggi di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima panggilan pegawai bank memaklumkan terdapat bunyi penggera keselamatan di bank itu pada pukul 6.46 pagi.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiga mesin ATM mengalami kerosakan.

Keadaan mesin ATM yang diletupkan.

“Cermin premis itu turut retak dipercayai akibat kesan letupan yang berlaku di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat, seorang lelaki warga tempatan ditahan kira-kira pukul 5.30 petang, Sabtu lalu.

“Semakan mendapati suspek memiliki lima rekod lampau berkaitan jenayah dan suspek direman selama lima hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457, Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI