fbpx

Sembilan kes keracunan makanan dikesan di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan berlaku satu kejadian wabak keracunan makanan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Besar Tangkak, Johor melibatkan sembilan pesakit terdiri daripada empat mangsa banjir dan lima petugas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tangkak telah menerima notifikasi pada kelmarin dan kes disiasat pada hari yang sama.

“Kes berusia dalam lingkungan tiga hingga 14 tahun. Tiga daripada empat kes tersebut tinggal di ruang yang sama di PPS manakala kesemua kes mempunyai gejala muntah, cirit birit dan sakit perut.

“Dua kes dimasukkan ke wad di Hospital Tangkak, Johor pada kelmarin dan telah ‘discaj’ semalam. Dua kes lagi diberi rawatan pesakit luar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil daripada siasatan awal menunjukkan rating premis dan pengendalian makanan di PPS adalah baik iaitu 92 peratus.

“Pencemaran bukan disebabkan oleh penyediaan makanan di PPS, sebaliknya berpunca daripada hygiene pesakit sendiri dan makanan yang dibiar lama oleh pesakit. Sehubungan itu, satu sampel makanan telah diambil bagi analisis lanjut.

“Tindakan telah diambil dengan memberi pendidikan kesihatan kepada pengendali makanan dan semua penghuni di PPS agar sentiasa menjaga kebersihan. Aktiviti kawalan dan pencegahan telah dijalankan oleh pihak PKD,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI