fbpx

Jangkitan Covid-19 melebihi kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,977 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,720,399 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan harian pula mencatatkan 3,175 kes termasuk 272 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,792,035 kes.

“Daripada jumlah kes hari ini, 60 kes (1.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 3,115 kes (98.1 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat sembilan kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster tamat sebanyak 5,998 kluster serta 178 kluster aktif dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 229 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 99 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI