fbpx

Tiada apa yang mustahil – Lloris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LLORIS percaya peluang masih ada buat Spurs meskipun agak tipis tetapi tiada apa yang mustahil dalam lumrah bola sepak. – AGENSI

LONDON – Kapten Tottenham Hotspur, Hugo Lloris menyeru agar barisan pemain memberikan tumpuan sepenuhnya jika mahu lolos ke pentas final menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Chelsea di laman sendiri awal pagi esok.

Sebagai rekod, harapan Spurs untuk mengulangi pencapaian musim lepas dengan melangkah ke pentas final EFL nampak terkubur susulan kekalahan 0-2 kepada skuad The Blues kenda­lian Thomas Tuchel pada aksi pertama minggu lalu.

Kata Lloris, meskipun peluang nampak tipis, tetapi tiada apa yang mustahil dalam lumrah bola sepak kerana apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit nanti terutama apabila pasukan memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.

“Semua pemain agak kecewa apabila kita gagal memberikan tentangan yang diharapkan pada aksi pertama sebelum ini tetapi peluang kami masih belum tertutup sepenuhnya memandangkan masih ada pusi­ngan kedua.

“Saya percaya mereka akan risau dengan ancaman yang boleh diberikan oleh barisan pemain kami tetapi dengan syarat, semua perlu memberikan komitmen penuh dan fokus sepenuhnya sepanjang 90 minit perlawanan,” katanya.

Sementara itu, pengendali Spurs, Antonio Conte mahu pa­sukannya beraksi seperti biasa tanpa sebarang tekanan dan kalau boleh menjaringkan gol lebih awal, ia lebih bagus kerana pasukan lawan pula yang akan ter­tekan.

“Kita semua tahu kualiti yang ada pada pasukan Chelsea, tetapi­ mereka bukanlah sempurna. Barisan pemain perlu segera melupakan kekecewaan aksi yang lepas dan fokus untuk bangkit pada perlawanan kedua nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI