fbpx

Chelsea semakin mengidam Piala EFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAUL (kiri) semakin menunjukkan impak positif ketika membantu Chelsea melakar kemenangan ke atas Spurs minggu lalu. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengharapkan ‘magis’ daripada pemain tengah, Saul Niguez untuk membantu pasukan melangkah ke pentas final Piala Liga Inggeris (EFL) menjelang aksi separuh akhir kedua menentang Tottenham Hotspur awal pagi esok.

Sebagai rekod, skuad The Blues sudah meletakkan se­belah kaki ke pentas final selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Spurs pada pertemuan di Sta­dium Stamford Bridge minggu lalu.

Kata Tuchel, Saul sudah mula menunjukkan impak positif khususnya ketika membantu pasukan melakar kemenangan ketika bertemu Spurs, selain cemerlang sewaktu aksi Piala FA menentang Chesterfield minggu lalu .

“Tidak keterlaluan untuk saya katakan, Saul kini sudah menemui sentuhannya di atas padang dan dia akan memainkan watak penting sebagai jeneral tengah untuk memastikan pasukan kekal mendominasi perlawanan ketika bertemu Spurs nanti.

“Secara jujur, saya tidak terkejut dengan peningkatan corak permainannya meskipun dikritik hebat pada awal musim ini.

“Adalah normal jika pemain asing memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan taktikal bola sepak England yang pantas dan agresif,” katanya.

Sementara itu, pengendali kelahiran Jerman itu turut menarik nafas legas selepas dua tonggak utama, Thiago Silva dan N’Golo Kante sudah cergas sepenuhnya selepas terpaksa disisihkan sebelum ini ekoran positif wabak Covid-19.

“Saya belum pasti sama ada khidmat Kante atau Silva akan diturunkan pada aksi bertemu Spurs atau sebaliknya.

“Ini kerana, mereka baru di­sahkan negatif daripada Co­vid-19 dan saya akan berbincang dahulu dengan barisan kejurulatihan sebelum menentukan taktikal terbaik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI