fbpx

Pilih insurans kenderaan dengan cermat, berhati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengguna di­sarankan agar bijak memilih insu­rans kenderaan dengan cermat dan berhati-hati bagi menjimatkan wang serta pada masa sama, memenuhi keperluan gaya hidup mereka.

Seiring kerisauan masyarakat terhadap bencana banjir yang sentiasa melanda di beberapa negara sebelum ini, Proton Holdings Berhad (Proton) telah berkongsi tip memilih insu­rans kenderaan yang sesuai buat pengguna di Malaysia.

Menurutnya, penyedia insu­rans kini semakin kreatif dalam menawarkan pakej insurans menarik, oleh itu pengguna wajar mencari polisi yang menawarkan diskaun baik ketika memperbaharui polisi atau mencari polisi baharu.

“Bagi yang memiliki lebih daripada satu kenderaan, pelan yang digabungkan mungkin lebih bermanfaat, manakala untuk yang kurang menggunakan kenderaan mereka, terdapat pelan yang mampu memberi penjimatan dalam aspek ini.

Gambar hiasan

“Selain itu, periksa dengan ejen setiap kali ingin memperbaharui insurans kerana mungkin terdapat pakej atau pelan baharu yang memberikan faedah menarik,” katanya dalam kenyataan.

Proton menjelaskan, pelanggan perlu meneliti pelan perlin­dungan insurans bagi memenuhi keperluan gaya hidup masa kini, misalnya mereka yang bekerja atau tinggal di kawasan berisiko banjir wajar mengambil insurans perlin­dungan bencana itu.

Pemilik juga digesa mempertimbangkan perlindungan untuk pelbagai pemandu sekiranya ramai yang menggunakan kende­raan mereka,” katanya.

Selain itu, Proton menawarkan perlindungan untuk pelanggan melalui Program Insurans Proton.

“Pelanggan juga boleh memilih polisi insurans kereta daripada enam pembekal iaitu Allianz Ge­neral Insurance, AmGe­neral Insu­rance, Liberty General Insurance, Zurich General Insurance, Etiqa General Takaful dan Zurich Ge­neral Takaful) dengan ciri-ciri mudah seperti kelulusan tuntu­tan hingga RM20,000,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI