fbpx

Joo Ven jumpa juara dunia di Terbuka India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOO VEN tidak berdepan masalah untuk menewaskan Chirag di pusingan pertama Terbuka India hari ini. - IG SOONG JOO VEN

PETALING JAYA – Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Soong Joo Ven bermula langkah kanan pada Terbuka India apabila berjaya melangkah ke pusingan kedua esok.

Joo Ven mara selepas menewaskan wakil tuan rumah, Chirag Sen dengan keputusan straight-set 21-8, 21-7 pada pusingan pertama yang berlangsung di Stadium Tertutup Indra Ghani di New Delhi hari ini.

“Saya sangat gembira dengan prestasi dalam perlawanan hari ini kerana semuanya berjalan dalam keadaan bagus.

“Saya harap dapat meneruskan momentum ini untuk perlawanan seterusnya,” kata Joo Ven ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tugas lebih mencabar menanti pemain di ranking ke-70 dunia itu apabila bertemu juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura pada pusingan kedua esok.

Kean Yew mara selepas terpaksa mengambil masa selama 50 minit untuk menundukkan pemain Kanada, Xiaodong Sheng 16-21, 21-4, 21-13.

Bagaimanapun, nasib malang menimpa seorang lagi pemain perseorangan negara, Cheam June Wei yang terkandas di pusingan pertama apabila tewas kepada wakil Rusia, Sergey Sirant 22-20, 21-18. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI