fbpx

‘Sudah 12 hari banjir, rumah masih tenggelam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERBANDINGAN paras air 12 hari lalu dengan semalam (gambar kecil) di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.

SEGAMAT – Meskipun keada­an banjir di negeri ini semakin pulih dan ramai keluarga sudah dibenarkan pulang bagi membersih­kan kediaman masing-masing namun nasib malang bagi sebuah keluarga di Kampung Seberang Batu Badak, di sini.

Mereka ketika ini masih berteduh di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Gemereh.

Biarpun memasuki hari ke-12, rumah pusaka tinggalan orang tua milik Habibah Yahya, 26, dan suami, Mohd. Amirul Noor Ismail, 31, masih digenangi air bah sedalam kira-kira satu meter.

Menurut Habibah, ketika hujan lebat pada 31 Disember lalu, dia sempat memindahkan barangan berharga ke bahagian lebih tinggi dalam rumah pusaka yang didiami hampir 30 tahun bersama tiga anak.

“Hujan lebat turun pada malam 31 Disember lalu dan keesokannya air mula naik mendadak, barang-barang sudah pindah tempat tinggi, namun air banjir naik sampai paras bumbung.

“Ingat selamat semuanya tetapi banjir kali ini antara pa­ling teruk sejak lima tahun lalu. Kalau sebelum ini banjir naik setakat pinggang, kali ini tenggelam terus,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, suaminya, Mohd. Amirul berkata, setiap kali banjir, kediaman mereka antara yang terawal akan dinaiki air dan rumah mereka jugalah yang ter­akhir surut.

“Tengok keadaan air hari ini (semalam) masih lagi paras pinggang, kami masih tinggal di PPS, nak balik kemas rumah pun air masih tinggi.

“Mungkin dalam tiga hingga tujuh hari lagi air akan surut sebab rumah kami berada di kawasan rendah dan berhampiran sungai,” katanya.

Tambah Mohd. Amirul, kerugian yang dialaminya masih belum diketahui, namun dia percaya akan mencecah puluhan ribu ringgit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI